Makanan Masyarakat Melanau


MAKANAN TRADISIONAL MELANAU

1) SAGU

Sagu adalah makanan utama masyarakat Melanau pada masa dahulu. Sagu merupakan pengganti kepada nasi untuk sesuatu hidangan bagi mereka. Terdapat beberapa jenis sagu seperti sagu Mukah, sagu Medong dan sagu tupek. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sagu ialah lemantak (tepung sagu), santan, kelapa kering yang halus, garam dan serbuk padi.



______________________________________________________


2) LINUT


Masyarakat Melanau tidak asing lagi dengan Linut kerana ianya merupakan makanan kegemaran mereka. Linut diperbuat daripada lemantak dan air panas. Linut adalah salah satu makanan tradisional masyarakat Melanau yang paling mudah cara penyediaannya. Tanpa sambal, linut tidak akan terasa sedap dan bagi menambahkan lagi selera ulam-ulaman seperti pucuk paku uban, pucuk daun ulam raja, pucuk daun tebawan timun sebagai menu tambahan.



______________________________________________________ 



3) UMAI


Umai merupakan makanan yang diperbuat daripada ikan yang segar tanpa dimasak kerana ianya hanya menggunakan limau sebagai bahan untuk menjadikan ikan tersebut sudah masak. Tidak semua jenis ikan dapat digunakan untuk membuat umai. Antara ikan yang sering digunakan ialah ikan tenggiri dan ikan pirang. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan umai ialah ikan, limau, bawang, garam dan cili. Selain ikan, obor-obor dan udang juga boleh dibuat umai celup. Umai celup pula berbeza dari umai biasa kerana obor-obor dan udang diasing dengan bahan yang lain. Bahan seperti limau, bawang, cili garam adalah jadi pencelup untuk umai tersebut. Untuk membuatkan umai celup tersebut lebih sedap, kita boleh menambah belacan.

______________________________________________________

4) SIET (ULAT MULONG)


Siet (dalam bahasa Melanau) atau lebih dikenali sebagai Ulat Mulong merupakan makanan yang diperoleh daripada batang pokok Sagu yang telah ditebang dan dibiar selama 1 minggu lebih. Siet boleh dimasak dengan cara siet masak goreng kering, sup siet dan disalai. Untuk memasak secara goreng kering, ianya tidak perlu menggunakan minyak masak kerana jika dimasak siet tersebut akan menghasilkan minyaknya sendiri. 


________________________________________

5) TEBALOI 


No comments:

Post a Comment