Tarian Tradisional Melanau



TARIAN MENGARANG

Tarian mengarang adalah salah satu tarian yang sangat popular di kalangan masyarakat Melanau yang biasanya dipersembahkan semasa majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Dengan rentak yang penuh kesopanan, tarian ini menggambarkan penghormatan dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang datang semasa majlis tersebut. Tarian ini melambangkan masyarakat Melanau yang sentiasa menerima para tetamu yang datang di tempat mereka dengan hati yang terbuka. Dengan gerak-geri yang dilakukan oleh para penari, ianya sangat memukau dan menarik perhatian para tetamu yang menonton. Dari segi pemakaian pula, penari untuk tarian ini akan memakai pakaian yang lengkap megikut tatarias pakaian tradisional Melanau yang menyerikan lagi persembahan tersebut. Tarian Mengarang ini ada perbezaan daripada tarian Melanau yang lain kerana tarian ini diringi dengan alunan musik Melanau yang perlahan dari musik Melanau yang biasa. 

No comments:

Post a Comment